Thursday, 19 May 2011

Sahabat Dunia & Akhirat

Bismillahirahmannirahim...

Kali ini ana nk kongsi pasal sahabatlah mmandangkan haritu ana keluar pergi jalan2…  Alhamdulilah dapat jumpa ramai rakan sekolah lama….. rindu saat bersama dengan mereka… kalau nak diceritakan pasal sahabat ni memang  panjang ceritanya sampai boleh buat novel segala…. Tetapi hari ini ana bukan hendak buat novel hanya nak cerita apa itu sahabat mengikuti agama islam bagaimana untuk mendapatkan sahabat yg baik2…. insyaAllah mari kita sama2 selaminya… jom3…..


Antara perkara yang perlu kita berikan perhatian adalah adab dan cara bersahabat. Tidak ada manusia yang dapat hidup bersendirian. Setiap satu dari kita mengharapkan  yang lain. Setiap dari kita tidak boleh lari dari bersahabat. Inilah antara hikmah Allah s.w.t menciptakan manusia berbagai bangsa, warna dan bahasa. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Inilah tujuannya…. Agar kita berkenal-kenalan. Akan tetapi setiap sesuatu ada panduannya. Islam adalah agama yang syumul, yang lengkap, yang menyeluruh. Maka Islam telah meletakkan panduan untuk kita apabila kita ingin bersahabat. Antara perkara pertama yang perlu kita fahami adalah jenis orang yang kita harus ambil sebagai kawan atau sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda:

اَلْمَرْءُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ 

“Seseorang adalah atas agama rakannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan siapakan yang harus dipilih menjadi rakan.”

Inilah kaedah orang Islam dalam bersahabat. Rasulullah mendidik kita agar memilih sahabat yang dapat mendorong kita menambah kebajikan dan amal soleh kerana setiap dari kita akan terkesan dengan sifat, agama dan kelakukan kawannya. Sahabat yang sopan, budi pekerti yang tinggi akan mendorong kita untuk mempunyai sifat mulia sepertinya akan tetapi jika kita mengambil seseorang sebagai sahabat yang mana sifatnya adalah cenderung kepada melakukan maksiat dan keburukan, lama-kelamaan kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat itu. Juga jika kita mengambil seorang sahabat yang suka berkata kotor, berbohong, memaki-hamun, lama-kelamaan kita juga akan mempunyai mulut yang cabul sepertinya. Jika kita mengambil kawan yang suka berborak-borak, membuang masa di kedai-kedai kopi, maka lama-kelamaan akan sekaki dengan mereka. Maka perhatikanlah dan selidikilah sebelum kita mengambil seseorang sebagai sahabat. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Kahfi, ayat 29:
وَلاَ تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا          Ertinya: Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Inilah jenis orang yang mana kita dilarang untuk mengambilnya sebagai sahabat. Orang yang lali hatinya dari mengingati Allah. Orang yang lebih cenderung kepada melakukan maksiat dari amal soleh. Sebaliknya Allah s.w.t menyuruh kita agar mengambil orang-orang yang suka beramal soleh dan selalu bertaubat kepada Allah sebagai sahabat kita. Firman Allah s.w.t didalam surah Luqman, ayat 15:
              وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ                        
“Dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada Ku (Allah).”

CIRI-CIRI KAWAN YANG BAIK
  • Taat kepada perintah Alah
  • Baik budi pekerti dan bersopan santun
  • Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
  • Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
  • Tidak mendedahkan keburukan kawan
  • Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
  • Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan

   CARA BERADAB DENGAN KAWAN
  • Sentiasa memberi salam dan  mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
  • Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
  • Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
  • Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
  • Sentiasa bersangka baik dengan kawan
KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK 

  • Mendorong  melakukan perkara kebaikan
  • Dapat mencontohi kebaikannya
  • Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
  • Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah


InsyaAllah dengan apa yang disampaikan... ana harap para pembaca dapat renung2kan dan bukan setakat renung saja tetapi cubalah amal dengan ilmu yang kita miliki....
sekian... 

2 comments:

  1. aku macam ade jewk ciri2 tuu~..huhuhh

    ReplyDelete
  2. klu ad bgus lah...
    klu xde buat2 mcm ad jerk...

    ReplyDelete