Monday 30 May 2011

Ancaman Dari Allah S.W.T

Bismillahirahmanirahim.....


Umat Islam perlu sedar bencana yang diturunkan oleh Allah adalah satu peringatan, amaran agar manusia kembali ke pangkal jalan..... bukan setiap kali ada bencana sibuk dengan selidiknya tetapi makin kurang amalannya terhadap Allah...astaghfirullah al-aziiim...
Pada zaman Rasulullah, Rasulullah menyuruh sahabatnya apabila melalui sesuatu kawasan yang telah ditimpa bencana perbanyakkanlah berzikir dan ingat akan azab Allah itu ada dimana...
ketika Rasululah melalui kawasan itu dia juga turut bersedih dan menundukkan kepalanya sepanjang perjalanan itu....masyaAllah kita sekarang apabila bencana datang sibuk selidik apakah puncanya dan bangga apabila menemui sebabnya... kita patut mencontohi sifat Rasul kita ini bukan saja mengakui Nabi Muhammad sebagai Rasul kita tetapi meninggalkan sunnahnya.... ingat Nabi bersabda yang bermaksud: sesiapa daripada kalian yang tidak menyukai sunahku maka dia bukan daripada kalangan umatku....nauzubillah...
Disini ana ingin berkongsi sebuah hadis yang sahih lagi masyhur...insyaAllah kita sama2 dapat renung2kannya...

Daripada Termidzi, Rasulululah SAW bersabda yang bermaksud: "apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu:
  1. Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
  2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
  3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
  4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
  5. Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya.
  6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
  7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
  8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
  9. Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri.
  10. Apabila memuliakan orang lain kerana takut ancaman yang akan diambil ke atasnya.
  11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
  12. Apabila ramai lelaki yang memakai sutera.
  13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
  14. Apabila wanita mula bermain alat muzik.
  15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.
adakah kita tergolong daripada orang yang melakukan 15 perkara ini...? tepuk dada tanyalah iman....Allahua'alam... hindarkan diri kamu daripada perkara yang mungkar.. tegakkanlah ajaran Allah nescaya Allah akan mmebantu orang yang menegakkan agamanya....
sekian...

No comments:

Post a Comment