Ya Allah...Tiba Tiba Kini Saya Telah Tua!
Price: RM15.00
ISBN : 9789670267043
Pengarang : Jamal Ma’mur Asmani
Alih Bahasa : Nurul Hanim Abdullah
Disemak Oleh: Dr.Mohd.Puzhi Usop
Muka Surat: 224
Keterangan Buku :
Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, subhanallah…!
Telah banyak uban di kepalaku. Kulit muka ini juga mulai berkedut-kedut dimamah
usia. Berapakah usiaku kini? Astaghfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih
40 tahun, lebih 50 tahun, ataupun lebih 60 tahun…
Penyakit-penyakit pun mula berduyun-duyun menyerangku.
Tenaga pun mulai lemah. Jalan pun mulai semput. Pandangan pun mulai kabur.
Ingatan pun mulai lemah. Semua yang dulu kuat , tangkas, gagah, tampan, cantik,
memikat kini beransur-ansur meninggalkanku. Lalu mungkin esok, lusa, minggu
depan, bulan depan atau tahun depan datang ajal menjemput. Dibuang sendiri oleh
keluargaku yang tercinta ke liang lahat yang dingin, sepi dan gelap. Ya Allah,
rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta,
kemudian berkerjaya dan berkeluarga. Tapi kini, di sekelilingku telah ramai
anak-cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…
Ya Allah…tahu-tahu kini aku benar-benar telah tua, tanpa
pernah aku sedari sejak dulu lagi bahawa hari ini telah pun menemuiku,
sebagaimana masa tua yang juga telah menemui bapaku dan datukku yang kini telah
tiada…
Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa
Allah. Waktu kecil, muda, sedar-sedar kini telah beranak-pinak, lalu menjadi datuk-nenek
dan menunggu waktu untuk menemui-Nya. Kita tersentak menyedari diri ini yang
tidak lama akan mati. Lalu apa yang telah kita siapkan selama muda, dewasa dan
tua ini, untuk mengadap Allah, memasuki rumah abadi di akhirat?
Buku ini mengetuk nurani setiap muslim/muslimah untuk tidak
hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata. Sedarlah pusingan umur di
dunia ini sesungguhnya hanya sementara, amat singkat dan tandu kematian akan
tiba segera berkunjung ke rumah kita untuk menghantar memasuki pintu
kebahagiaan atau penderitaan abadi di hadapan Allah. Begitu ngeri sekali, ya
Allah…!
No comments:
Post a Comment