Thursday, 9 February 2012

Seksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat

Bismillahirahmannirahim......

Orang yang tidak solat akan diseksa dengan 15 seksaan ; 
6 daripadanya akan diterima di dunia....
3 seksaan tatkala hendak mati...
3 seksaan ketika berada di dalam kubur....
3 lagi di hari kiamat......



6 SEKSAAN SEMASA HIDUP DI DUNIA
  • Umurnya tidak berkat...
  • Akan dihapuskan tanda2 orang soleh daripada mukanya...
  • Tiap2 amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya...
  • Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah...
  • Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia...
  • Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang2 soleh...
3 SEKSAAN KETIKA HENDAK MATI
  • Mati dalam kehinaan...
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar...
  • Mati dalam keadaan dahaga yang amat,.. sehinggakan jika dituangkan ke tekaknya semua air di laut di dunia ini,.. dia tetap berasa dahaga...
3 SEKSAAN DI DALAM KUBUR
  • Kuburnya disempitkan...
  • Dinyalakan api,.. yang mana dia akan membalik2kan dirinya dalam bara api itu...
  • Allah mengarahkan ular yang besar,.. dinamakan 'Shajkul Akrak',.. untuk menyeksa si mayat... Ular itu akan berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanmu untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur,.. dipukul pula hingga asar , sebab engkau sia2kan waktu asar..." Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat.....
3 SEKSAAN DI HARI KIAMAT
  • Allah memerintahkan malaikat azab menghalau orang yang tidak solat ke dalam neraka...
  • Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka...
  • Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firmanNYA yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" mereka menjawab,"Kami tidak solat."    
Semoga entry kali ini dapat kita sama2 renungkan.... dan sama2 dapat kita muhasabah diri kita untuk menjadi khalifah yang berjaya di sisi Allah SWT ...

Dari Abdullah bin Buraidah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Perjanjian yang membezakan antara kita (muslim) dan mereka (orang kafir) adalah solat. Sesiapa yang meninggalkannya, dia telah kufur,"
 

No comments:

Post a Comment