Bismillahirahmanirahim…..
Penulisanku kali ini adalah permintaan daripada sahabatku
sendiri walaupun begitu, perkongsian ini bukan khusus kepadanya sahaja tetapi
khusus juga kepada saudara-saudaraku seislam. Perkongsian kali ini melibatkan
aktiviti seharian kita apabila asyik berbual dengan rakan kita. Perkara ini
sering terlanjur dari lidah kita…..
Jadi mari kita
sama-sama menyelami penulisanku kali ini……
MENGUMPAT adalah satu
fenomena yang kian berleluasa kini…. Apakah kita tidak takut dengan azab yang
akan ditimpa kita di akhirat kelak akibat dari mengumpat…? masyaAllah..sedarlah
wahai sahabat sahabatku….
Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat
itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang
tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum
diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu
Hibbad).
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak
dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan
diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan
lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum
muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa
yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan
dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari
akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang
terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari
manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi
untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat.Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.
Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong
seseorang itu mengumpat;
- Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
- Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
- Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
- Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
- Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
- Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu,
Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara
untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;
- Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
- Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
- Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.
InsyaAllah dengan apa yang telah disampaikan…. Diharapkan
kita renunglah dan jaga diri kita daripada terlibat dengar perkara mazmumah
ini….
Sekian……
nice..;)
ReplyDeleteterima kasih.......
ReplyDelete