Saturday, 30 April 2011

Mari Berzikir Saudara ku...

bismillahirahmanirahim....


  Zaman sekarang ni, susah btul kita nak cari orang yg beristiqamah dengan berzikir. Kalau tanya apa manfaatnya pun ada yg tidak tahu...masyaAllah.. lagilah kalau nak tanya nama2 zikir...
so bagaimana kita nak hidupkan kembali sunnah ni semula...
meh...makcik2,pakcik2,aqak2,abg2, dan semua saudara ku yg beragama islam.. bace bentar insyaAllah ada manfaatnya...
  sebenornya.. budaya berzikir ni lesap sebab kurangnya orang yg mmberikn nasihat dan berpesan2.. mana x ramai..semua takut akan respon2 rakan2nya..
  " Kau nie cakap tapi ko sendiri x buat.."
  " kau nie bajet baik arhhh.."
ayat yg slalu kita dengar daripada mulut kawan kita...

  Saudara ku sekalian,
  Kita mnyampaikan nie bukan saja untuk orang ramai tetapi untuk diri kita juga.. sebab mulut dengan hati kita lebih dekat berbanding hati orang lain.. mesej yg kita sampaikan itu akan menyedarkan diri kita supaya dapat beristiqamah dengan apa yg kita sampaikan...insyaAllah..

  Nie ana nak bagi tahu saudara... berzikir nie banyak manfaatnya tau.. antaranya...
  1. Dijauhkan daripada syaitan. Hanya zikir kepada Allah sahaja yang dapat membuatkan syaitan jauh, terusir, kekuatanya lumpuh, kekejaman serta kebengisannya lenyap.                                                    Ibnu Abbas berkata: " Syaitan itu ibarat ular yg mlingkar di dalam hati. Jika sorang hamba mengingat kepada Allah, syaitan itu mundur dan diam. Dan jika hamba itu lalai tidak mengingat Allah, maka syaitan itu pun kembali mengoda.(HR. Ibnu Abu Syibah)
  2. Meingkatkan darjat. Tidak ada yg lebih berat dalam timbangan pada hari kiamat selain berzikir.          Abu Darda berkata: "Orang yg selalu mengingat Allah maka dia akan masuk ke syurga dalam keadaan tertawa."
  3. Meluaskan kubur. Liang kubur orang yg suka berzikir itu luas dan lebar. Dada mereka lapang. aromanya wangi semerbak, imannya kuat dan wajahnya bersinar.
  4. Membantu dalam kesusahan. Ketika ditimpa bencana dan malapetaka ucapkanlah: Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil. Ketika melihat sesuatu yg mengagumkan dan menakjubkan ucaplah: Subhanallah. Ketika memperoleh nikmat ucapkanlah: Alhamdulillah. Ketika teringat dosa ucapkanlah: Astaghfirullah al-azim. Ketika anda tertimpa musibah ucapkanlah: Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. dan Ketika mndaki gunung ucapkanlah: La Haula Wala Quwwata Illah Billah. Selain dapat menguatkan mu dalam menghadapi kesulitan, semua bacaan ini juga mmberikan faedah yg besar bagi saudara.
  5. Ibadah ringan dan besar pahalanya. bukankah ibadah ini dpat saudara lakukan di atas tilam...? Mungkin sahaja berzikir ini dapat mengungguli puasa,infak dan solat..Allahualam...
  6. Benteng dari godaan syaitan. zikir merupakan benteng yg paling kukuh dan gunung kebenaran yg palin kuat. Gangguan emosi dan mental mungkin disebab kurangnya berzikir, tidak mndirikan solat, tidak mmbaca Al Quran, dan jarang berdoa fanatik sangat kepada dunia.
  7. Menjadikan wajah cerah dan berseri. pada hari kiamat, wajah orang2 yg suka berzikir akan terlihat putih bersih. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran: 106 yg brmaksud: "(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang2) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang2) menjadi hitam legam. Adapun orang2 yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak):"patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu."
  8. Hatinya akan menjadi tenang. dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang.

kita mohon agar Allah SWT menjadikan kita orang2 yang banyak berzikir dan menerima ibadah kita...
kita sama2 renung2kan..InsyaAllah
sekian...

Friday, 29 April 2011

Perjuangan Da'wah

Bismillahirahmanirahim….
  Alhamdulilah segala pujian bagi Allah tuhan yg menciptakan sluruh alam semesta dan maha agung. Penulisan kali ini insyaAllah saya akan mmbincangkan apa yg dkatakan dengan DA’WAH. Segala sumber yg dberikan insyaAllah sahih smuanya…
  Sebagai pembuka penulisan ini..izinkan saya mceritakan sbuah ksah yg berlaku pada diri saya..  seorang rakan saya yg berbangsa cina bertanya “saudara, kenapa org melayu yg beragama islam sstengahnya akhlak mereka kurang baik..cepat melenting dan cepat mrah…” saya sbagai sorg islam menyatakan “tdak semua org yg bragama islam begitu hanya sgelintir sahaja yg brkelakuan sbegitu”. Pepetah melayu ada mngatakan kerana nila stitik rosak susu sbelanga. Malunya kita org islam... jadi tunggu apalagi kita.. tegakkan lah ilmu da’wah itu kpd smua lapisan masyarakat. Berda’wah bukan saja menyampaikan seruan ttapi skecil2 da’wah itu adalah mnunjukkan akhlak yg baik insyaAllah..
 Da'wah secara lughawi berasal dari bahasa Arab, da'wah yang artinya seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata da'wah berarti mnyeru atau mngajak manusia untuk mlakukan kbaikan dan mnuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan munkar yang dilarang oleh Allah Swt. dan rasulNya agar manusia mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Da'wah adalah usaha penyebaran ajaran agama di samping menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.
   Tujuan da'wah, 
  1. mengubah pandangan hidup. Dalam QS. Al Anfal: 24 yang menjadi maksud dari da'wah adalah menyadarkan manusia akan arti hidup yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur saja. Manusia dituntut untuk mampu memaknai hidup yang dijalaninya.
  2. mengeluarkan manusia dari kecelaruan  menuju jalan yg benar. Ini diterangkan dalam firman Allah: "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu untuk mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada terang-benderang dengan izin Tuhan mereka kepada jalan yang perkasa, lagi terpuji."(QS. Ibrahim: 1)


    Allah SWT berfirman: ”Hendaknya ada sebagian kalian yang mengajak
 kepada kebaikan dan menyuruh untuk berbuat baik, dan melarang kepada
 kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” {QS. Ali
Imran: 104}.

 Rasulullah SAW bersabda: ”Sampaikanlah dariku walaupun hanya
satu ayat.” {HR: Bukhary: 3461}. Rasulullah juga berkata kepada Ali bin Abi
Thalib:..”Kemudian ajaklah mereka kepada Islam dan khabarkan kepada
mereka apa-apa yang wajib bagi mereka dari hak-hak Allah. Demi Allah,
 sungguh Dia akan berikan hidayah seseorang kerana kamu lebih baik
 bagimu dari pada unta yang merah (harta terbesar).” (HR:Bukhari No: 3701,
dan Muslim No: 2406).


   Sungguh dalil-dalil ini mengundang seorang muslim untuk berdakwah, kerana para penda’wah adalah orang-orang yang beruntung dan pahala mereka besar,dan orang- orang yang tahu satu ayat banyak sekali dan Rasulullah SAW mengajak mereka untuk menyampaikannya.




Dalam menyampaikan amar ma'ruf nahi munkar hendaknya memperhatikan beberapa pekara yang insyaAllah bisa diterapkan dalam berbagai bentuk masyarakat:
  1. Hendaknya amar ma'ruf nahi munkar dilakukan dengan cara yang ihsan agar tidak berubah menjadi penelanjangan aib dan menyinggung perasaan orang lain. Ingatlah ketika Allah berfirman kepada Musa dan Harun agar berbicara dengan lembut kepada Fir'aun (QS. Thaha: 44).
  2. Islam adalah agama yang berdimensi individual dan sosial, maka sebelum memperbaiki orang lain seorang Muslim dituntut berintrospeksi dan berbenah diri, sebab cara amar ma'ruf yang baik adalah yang diiringi dengan keteladanan.
  3. Menyampaikan amar ma'ruf nahi munkar disandarkan kepada keihklasan karena mengharap rida Allah, bukan mencari popularitas dan dukungan politik.
  4. Amar ma'ruf nahi munkar dilakukan menurut Al-Qur'an dan Al-Sunnah, serta diimplementasikan di dalam masyarakat secara berkesinambungan



   Suatu kaum yang senantiasa berpegang teguh pada prinsip amar ma'ruf nahi munkar akan mendapatkan balasan dan pahala dari Allah Swt. yang antara lain berupa:
  1. Ditinggikan derajatnya ke tingkatan yang setinggi-tingginya (QS. Ali Imran: 110).
  2. Terhindar dari kebinasaan sebagaimana dibinasakannya Fir'aun beserta orang-orang yang berdiam diri ketika melihat kedzalimannya.
  3. Mendapatkan pahala berlipat dari Allah sebagaimana sabda Nabi Saw.: "Barangsiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun".
  4. Terhindar dari laknat Allah sebagai mana yang terjadi pada Bani Isra'il karena keengganan mereka dalam mencegah kemunkaran. (QS. Al-Maidah: 78-79).



  Sebagai menutup penulisan ini, saya menyeru rakan2 skalian agar menegakan sunah rasul kita iaitu da’wah
“Barang siapa nengerjakan amal saieh, baik laki-laki mau pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik.”
(Q.S. An Nahl: 97)
Golongan yang mempergunakan ukuran manafa’at untuk peribadi atau masyarakat akan mendapati di dalam Islam manafa’at yang dicarinya, sebagaimana firman Allah:
“Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri.”
(Q.S. Al lsraa’ : 7)



sekian....

Thursday, 28 April 2011

Soal Jawab Rasululah Dengan Syaitan

bismillahirahmanirahim...
  Pada suatu hari..ketika rasululah hndak mmasuki masjid, beliau mlihat iblis berada di pintu masjid. Maka, rasululah menegurnya,"Wahai iblis, apa yg sdg kamu lakukan dsini..?"
  "Aku hndak masuk ke masjid dan mrosak solatnya org itu. Tetapi, aku merasa tkut trhadap org yg sdg tidur dsitu!" kata iblis sambil mnunjukan ssorg yg sdg trtidur dmasjid.
  Rasululah bertanya lagi, "Wahai iblis, mngapa engkau tkut trhadap org yg sdg tidur dan tidak kpd org yg sdg solat dan brmunajat kpd Allah?"
  "Org yg sdg solat trsebut adalah org yg bodoh ( tidak tahu syarat hukumnya solat, toma'ninah,dan tidak boleh solat dgn khusyuk). Untuk mrosak solatnya, bagiku sgt mudah. Sedangkan, org yg sdg tdur itu adalah org yg alim, maka jika aku merosak solatnya org bodoh itu, aku khuatir, dia akan mmbangunkan org yg sdg tdur itu dan kmudian ia mngajari dan mmbtulkan solatnya org yg bodoh tadi!" jawab iblis yg licik itu.
  Oleh kerana itulah Rasululah pernah bersabda, "Tidurnya org alim itu lebih baik drpd ibadahnya org yg bodoh!"
  Wahab bin Munaabbih mengemukakan sbuah riwayat bahawa Allah telah mmerintahkan iblis utk dtg kpd Rasululah supaya berdialog dan mnjawab semua prtanyaan yg diajukan oleh beliau.
Maka, datanglah iblis ke hadapan beliau dgn menyerupai sorg manusia dan tangan kananya mmegang sebuah tongkat. Kemudian, terjadilah percakapan antara Rasululah dan iblis trsebut.
 Beliau brtanya," siapakah engkau?"
      "Aku adalah iblis!"jawabnya.
      "Untuk apa engkau datang kmari?"tanya beliau.
      "Aku diutuskan kmari oleh Allah utk mnjawab seluruh pertanyaanmu!"jawab iblis.
  Mendengar prkataan iblis maka rasululah bersabda,"Wahai iblis, berapakah musuhmu dari umat Muhammad?"
  "Musuhku yg dari umatmuadalah 15 golongan, iaitu:
  1. kamu, Muhammad, adalah musuhku yg plg besar.
  2. imam yg adil
  3. orang kaya yg rendah hatinya
  4. pedagang yg jujur
  5. orang alim yg solat dgn khusyuk
  6. orang mukmin yg mmberikan nasihat
  7. orang mukmin yg mengiratkan tali persaudaraan
  8. orang yg brtaubat dan menetapi taubatnya itu
  9. orang yg brhati2 mnjauhi barang haram
  10. orang mukmin yg melanggengkan ksuciannya
  11. orang mukmin yg byk brsedekah
  12. orang mukmin yg baik akhlaknya 
  13. orang mukmin yg hidupnya mmberi manfaat kpd orang lain
  14. orang yg menghafalkan Al Quran dan melanggengkan hafalannya
  15. orang yg solat malam di kala manusia sdg tidur,"jawab iblis.
  Kemudian beliau brtanya lagi,"Siapa sahaja yg mnjadi temanmu dari umatku ini?"jawab iblis,"Umatmu yg mnjadi teman dan sahabatku ada 10 golongan mereka adalah;
  1. hakim yg derhaka dan pemimpin yg zalim
  2. orang kaya yg takabur 
  3. pedagang yang khianat
  4. peminum arak dan penjudi
  5. tukang fitnah
  6. orang yg riyak
  7. orang yg mmakan harta anak yatim
  8. orang yg meremehkan solat
  9. orang yg tidak mahu mngeluarkan zakat
  10. orang yg panjang angan2 tetapi hampa
  Semua itu mnjadi saudaraku!"jawab iblis mengakhiri dialognya dengan Rasululah s.a.w.
 sekian..
 rakan2 sekalian ambilah iktibar dan renung2kan lah....