Tuesday 28 June 2011

ARAK....!!!!!?

Bismillahirahmanirahim...

Rmai dikalangan kita tahu arak itu haram tetapi kenapa mereka tidak menjauhkan diri arak.....
ana pun kurang pahamlah... kenapa ada dikalangan saudara islam kita yang boleh menjualkan arak dan mengambil keuntungan dari arak itu sekali....
Nak diceritakan...
baru baru ini ana dapat kerja kt 7/?shop... sebelum bekerja di situ ana ingat tiada arak dijual di kedai ini...
bila sudah bekerja terpampang arak di depan mata..mengeletar tangan dibuatnya... astaghfirullah...
ana tidak sanggup melakukan apa-apa dengan arak itu...
yang ana heran itu pekerja lain yang beragama islam dengan bersahaja pegang dan menjualnya...
tampa rasa bersalah dan macam tidak tahu saja hukumnya...
selepas dari itu ana terus berhenti dari kerja itu...
biar kerja itu sesusah mana pun asalkan rezeki yang kita dapat itu halal disisi Allah insyaAllah..
Disini ana hendak memberi sedikit bukti bahawa arak itu sememangnya haram dan mengambil untungnya juga haram dan beberapa persoalan lagi tentang arak... 

  1. Apakah hukum menjual arak kepada orang bukan Islam?
  2. Adakah boleh menyediakan ruangan khas kepada orang-orang bukan Islam untuk mereka mendapat perkhidmatan arak dan pekerjaannya adalah terdiri dari bukan Islam?
  3. Adakah terdapat peruntukan undang-undang Islam yang melarang menjual dan meminum arak di hotel?


Keputusan: Hukum menjual dan menyediakan arak adalah jelas haram menurut syariat Islam".
Keterangan/Hujah:
  1. Dalil al-Quran surah al-Maaidah ayat 90 :Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".Setelah turunnya ayat ini, Rasulullah S.A.W bersabda :Yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata perawi hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan di Madinah".    
  2.  Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memperosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.
  3. Hadis riwayat al-Humaidi mengenai hukum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir.Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada Nabi S.A.W kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun, padahal arak sudah diharamkan maka Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya arak telah diharamkan "lelaki itu bertanya : Bagaimana kalau saya menjual? Baginda bersabda "Sesungguhnya arak telah diharamkan "lelaki itu bertanya "Bagaimana kalau saya menjualnya? Baginda bersabda : "Sesungguhnya minuman yang diharamkan meminumnya haram menjualnya, orang itu bertanya lagi "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?, Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya yang mengharamkan (Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi", lelaki itu bertanya lagi "Apa yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah S.A.W "Tuangkanlah di al-Battha".


Hadis ini menunjukkan bahawa memberi hadiah arak kepada orang kafir tentulah lebih aula haramnya, kerana sekiranya memberi percuma adalah haram, tentulah menjual dengan bayaran harganya adalah lebih aula haramnya.



Sekian... dengan sedikit ilmu ini diharapkan kita dapat sama memberitahu sahabat sahabat kita yang masih tidak tahu dengan perkara ini...
dan selamat beramal....

1 comment:

  1. salam.sy nk request tajok tanggungjawab anak kepada ibu bapa dan macam mana cara untuk kita menegur @ membetulkan kesilapan @ kecuaian ibubapa kita.sekian tq :)

    ReplyDelete