Saturday 30 April 2011

Mari Berzikir Saudara ku...

bismillahirahmanirahim....


  Zaman sekarang ni, susah btul kita nak cari orang yg beristiqamah dengan berzikir. Kalau tanya apa manfaatnya pun ada yg tidak tahu...masyaAllah.. lagilah kalau nak tanya nama2 zikir...
so bagaimana kita nak hidupkan kembali sunnah ni semula...
meh...makcik2,pakcik2,aqak2,abg2, dan semua saudara ku yg beragama islam.. bace bentar insyaAllah ada manfaatnya...
  sebenornya.. budaya berzikir ni lesap sebab kurangnya orang yg mmberikn nasihat dan berpesan2.. mana x ramai..semua takut akan respon2 rakan2nya..
  " Kau nie cakap tapi ko sendiri x buat.."
  " kau nie bajet baik arhhh.."
ayat yg slalu kita dengar daripada mulut kawan kita...

  Saudara ku sekalian,
  Kita mnyampaikan nie bukan saja untuk orang ramai tetapi untuk diri kita juga.. sebab mulut dengan hati kita lebih dekat berbanding hati orang lain.. mesej yg kita sampaikan itu akan menyedarkan diri kita supaya dapat beristiqamah dengan apa yg kita sampaikan...insyaAllah..

  Nie ana nak bagi tahu saudara... berzikir nie banyak manfaatnya tau.. antaranya...
  1. Dijauhkan daripada syaitan. Hanya zikir kepada Allah sahaja yang dapat membuatkan syaitan jauh, terusir, kekuatanya lumpuh, kekejaman serta kebengisannya lenyap.                                                    Ibnu Abbas berkata: " Syaitan itu ibarat ular yg mlingkar di dalam hati. Jika sorang hamba mengingat kepada Allah, syaitan itu mundur dan diam. Dan jika hamba itu lalai tidak mengingat Allah, maka syaitan itu pun kembali mengoda.(HR. Ibnu Abu Syibah)
  2. Meingkatkan darjat. Tidak ada yg lebih berat dalam timbangan pada hari kiamat selain berzikir.          Abu Darda berkata: "Orang yg selalu mengingat Allah maka dia akan masuk ke syurga dalam keadaan tertawa."
  3. Meluaskan kubur. Liang kubur orang yg suka berzikir itu luas dan lebar. Dada mereka lapang. aromanya wangi semerbak, imannya kuat dan wajahnya bersinar.
  4. Membantu dalam kesusahan. Ketika ditimpa bencana dan malapetaka ucapkanlah: Hasbunallah Wa Ni'mal Wakil. Ketika melihat sesuatu yg mengagumkan dan menakjubkan ucaplah: Subhanallah. Ketika memperoleh nikmat ucapkanlah: Alhamdulillah. Ketika teringat dosa ucapkanlah: Astaghfirullah al-azim. Ketika anda tertimpa musibah ucapkanlah: Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un. dan Ketika mndaki gunung ucapkanlah: La Haula Wala Quwwata Illah Billah. Selain dapat menguatkan mu dalam menghadapi kesulitan, semua bacaan ini juga mmberikan faedah yg besar bagi saudara.
  5. Ibadah ringan dan besar pahalanya. bukankah ibadah ini dpat saudara lakukan di atas tilam...? Mungkin sahaja berzikir ini dapat mengungguli puasa,infak dan solat..Allahualam...
  6. Benteng dari godaan syaitan. zikir merupakan benteng yg paling kukuh dan gunung kebenaran yg palin kuat. Gangguan emosi dan mental mungkin disebab kurangnya berzikir, tidak mndirikan solat, tidak mmbaca Al Quran, dan jarang berdoa fanatik sangat kepada dunia.
  7. Menjadikan wajah cerah dan berseri. pada hari kiamat, wajah orang2 yg suka berzikir akan terlihat putih bersih. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran: 106 yg brmaksud: "(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang2) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang2) menjadi hitam legam. Adapun orang2 yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak):"patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu."
  8. Hatinya akan menjadi tenang. dengan mengingati Allah hatimu akan menjadi tenang.

kita mohon agar Allah SWT menjadikan kita orang2 yang banyak berzikir dan menerima ibadah kita...
kita sama2 renung2kan..InsyaAllah
sekian...

No comments:

Post a Comment